08 October 2012

SPLASHTOP 2 HD ( APLIKASI PERCUMA)

Salam Semua...


Ingin mengetahui ada yang menggunakan pc anda dan apa yang dilakukan dengan pc anda? Mudah saja dengan menggunakan aplikasi Splashtop 2 HD..

Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat mengakses dan mengawal komputer anda dengan menggunakan telefon pintar android anda ataupun tablet android anda. Didatangkan dengan paparan berdefisinasi tinggi dan juga paparan suara yang jelas.

Anda boleh mengakses komputer anda sama ada dengan menggunakan wifi ataupun broadband semasa ketiadaan anda dirumah atau di pejabat. Aplikasi ini juga membantu anda untuk mengakses gambar, muzik, permainan,video atau apa saja yang tersimpan dalam cakera keras komputer anda.

Apa yang anda perlukan adalah perisian aplikasi Splashtop (client untuk komputer) yang dipasang pada komputer anda dan perisian Splashtop pada tablet atau telefon pintar anda. Keperluan komputer yang diperlukan adalah sangat minimum dan perisian ini boleh di muat turun secara percuma (link download dibawah).



Install dan hidupkan aplikasi anda pada kedua-dua klien iaitu pada pc dan tablet anda, seterusnya login pada kedua-dua klien tersebut.( anda boleh cuba menggunakan network yang sama). Selepas itu klien pada tablet anda akan mencari komputer itu secara automatik. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama pada beberapa komputer yang berlainan.

paparan pada komputer



paparan pada tablet menunjukan klien pc

Setelah terdapat paparan seperti gambar diatas, tekan pada komputer yang mahu di akses dan tablet anda akan mula memaparkan paparan yang sama seperti komputer anda.



Untuk membantu anda mengawal komputer anda dari tablet, "hint" yang penting akan dipaparkan pada permulaan aplikasi ini seperti gambar dibawah. Anda boleh mengawalnya seperti menggunakan tetikus dan mengakses touch keyboard pada komputer.


Selamat Mencuba kawan-kawan...
Untuk muat turun aplikasi pada client pc klik sini
Untuk muat turun aplikasi pada tablet anda boleh search pada Play Store atau klik sini

4 comments:

  1. guna tab 7 plus..tapi screen tablet blank...

    ReplyDelete
  2. Ala... Keluar warning kata device aku tal compitable. Kena tuko device yg berscreen beso nih.

    ReplyDelete
  3. Ala... Keluar warning kata device aku tal compitable. Kena tuko device yg berscreen beso nih.

    ReplyDelete
  4. mohsin dan mok.. cuba install splashtop yang biasa punya, yang nie hd...

    ReplyDelete