26 June 2011

Apakah Itu Android


Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).

Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!

Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),
1.5 - cupcake (30 April 2009),
1.6 – donut (15 September 2009),
2.1 – eclair (26 October 2009),
2.2 – froyo (20 May 2010),
2.3 – gingerbread (6 December 2010),
3.0 – Honeycomb (22 February 2011)
update..
4.0 - Ice Cream Sandwich (2012)
4.1 - Jelly Bean (2013)
dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011

p/s: Samsung Galaxy Ace(Froyo) adalah phone android ke-2  setelah Sony Xperia X8..
dan sekarang dah bertukar kepada Xperia Active dan Samsung Galaxy Tab 7.7....

No comments:

Post a Comment