22 October 2012

AES DETECTOR (APLIKASI PERCUMA)

Salam Semua..









AES DETECTOR adalah satu aplikasi yang akan membantu anda untuk mengesan kedudukan Camera yang dipasang di jalan-jalan utama ataupun dilebuh raya di malaysia.

AES DETECTOR ini dibangunkan oleh Kevin Chua berdasarkan lokasi yang diberikan oleh pihak berkuasa di laman web jpj. Antara objektif aplikasi ini adalah untuk memperbaiki sikap pengguna jalan raya apabila diberi amaran oleh aplikasi ini. Dengan isyarat bunyi ini pemandu akan mengelakkan dari melakukan kesalahan memandu melebihi had laju dan sebagainya. Secara tidak langsung dapat menjimatkan wang poket anda...


Bagaimana menggunakan aplikasi ini? Anda boleh memuat turun aplikasi ini di google play pada telefon bimbit anda atau muat turun disini. Setelah selesai meng'install' cuma clik untuk membuka aplikasi ini dan satu kreteria applikasi in adalah ia menggunakan sistem gps anda untuk mengesan kedudukan anda dan kedudukan camera AES.



Aplikasi ini akan mengesan Camera AES pada kedudukan lebih kurang 500 meter dari camera AES sebenar. Tetapi dari komen yang saya baca lokasi pada aplikasi ini tidak berapa tepat kerana perdasarkan longitute dan latitute yang diberikan oleh pihak jpj dan perlu dibuat site verification. Dan pembangun aplikasi ini sedang mencari sukarelawan ataupun pengguna yang ada berdekatan kedudukan Camera AES untuk membuat site verification. 
Antara lokasi AES yang telah dibuat site verification adalah yang bertanda hijau dibawah..


  1. KM D7.7 Sungai Besi
  2. Jalan Persiaran Timur (Verified by Mr. Kevin Chua) - It is Mobile, NOT FIXED CAMERA
  3. Km 301.9, Kajang (Verified by Mr. Fook)
  4. Jalan Lebuh Sentosa (Verified by Mr. Prince Rijal) 
  5. Km 6.6 Jalan Kajang/ Puchong (Verified by Mr. Ir Zulkifli, Mr. Prince Rijal) 
  6. Jalan Klang Lama (Verified by Kevin Chua)
  7. Jalan Ipoh  (Verified by Mr.Avan)
  8. KM 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan 
  9. KM 376, L/Raya PLUS - Slim River
  10. KM 91 Jalan Ipoh -Butterworth
  11. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
  12. KM 205.6 Taiping Utara
  13. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar
  14. Jalan Pasir Putih (Berhampiran TNB)

Jika anda berada pada kedudukan terdekat dengan camera AES anda boleh lah menghantar email kepada pembangun aplikasi tersebut di chuasw23@gmail.com atau layari blog pembangun aplikasi ini http://aesdetector.blogspot.com/.

kredit untuk http://aesdetector.blogspot.com/